Foto resit yang memaparkan caj keseluruhan berjumlah RM241,233 dari restoran itu mula beredar dalam media sosial di China pada bulan lalu.

Seorang jurucakap restoran itu pada awalnya mendakwa bahawa gambar tersebut palsu. Bahkan mereka tidak mengakui telah menghidangkan beberapa hidangan yang disenaraikan di dalam resit tersebut.

Pemilik dan tukang masak restoran, Sun Zhaoguo, bagaimanapun mengesahkan bahawa restoran itu telah menghidangkan makan malam untuk lapan pelanggan yang merupakan seorang VIP dari Dubai dan kawan-kawannya.

Ditanya mengenai jumlah yang dicatatkan dalam resit tersebut, Zhaoguo berkata, tidak semuanya ada di Dubai.

Pekerja restoran memberitahu wartawan bahawa harga terperinci yang disenaraikan di resit itu adalah mustahil.

Zhaoguo bagaimanapun menjelaskan bahawa makan malam itu ditempah secara peribadi untuk pelanggan VIP. Bahan yang digunakan dalam masakan itu berasal dari seluruh negara dan berkualiti tinggi.

Beliau juga memasak sebanyak 20 hidangan secara peribadi, sekali gus membuatkan caj keseluruhan mahal.

Menu paling mahal dicatatkan pada resit itu ialah sup buaya berharga RM10,188; ikan croaker kuning (RM9,580) dan abalone dengan jeli (RM7,762).

Caj itu juga melibatkan bayaran perkhidmatan yang mengejutkan iaitu sebanyak RM23,055. – ODDITYCENTRAL