Renault merupakan syarikat utama Perancis terawal yang terjejas oleh serangan siber ransomware yang telah menjangkiti beribu-ribu komputer di lebih 100 buah negara itu.

Pembuat kereta Dacia yang dimiliki Renault turut dilaporkan berdepan masalah serupa mengakibatkan sebahagian daripada pengeluarannya mengalami gangguan.

“Langkah-langkah proaktif telah dilaksanakan, termasuk penggantungan sementara aktiviti industri di sesetengah tempat. Kilang Renault di Sandouville di barat laut Perancis adalah salah satu kilang yang menghentikan pengeluaran,” kata jurucakap itu yang enggan menyediakan senarai penuh lokasi terjejas.

Sementara itu, pengeluaran di kilang pembuat kereta milik Jepun, Nissan di Sunderland, timur laut England, juga dilaporkan terjejas oleh serangan siber berkenaan. - REUTERS