Firuz Kalavurov, 19, dijatuhkan hukuman tersebut kerana menyeludup senjata, selain bersubahat dengan cara merahsiakan rancangan pengeboman itu.

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) pada Disember tahun lalu berjaya menangkap tujuh suspek terlibat yang dipercayai ahli militan Daesh.

FSB turut mendedahkan pengeboman telah dirancang oleh pemimpin kumpulan itu menerusi komunikasi secara dalam talian.-AFP