Lapor Mail Online, Supatra, 17, me­ngejutkan ramai pihak dengan gambar terbaharu dirinya yang menunjukkan dia tidak lagi berbulu baru-baru ini.

Laman Facebook Supatra dipenuhi dengan gambar-gambar bersama pasangannya selain kata-kata cinta yang sering dimuat naik oleh remaja terbabit.

Supatra menghidap pe­nyakit genetik jarang ber­laku, menyebabkan per­tumbuhan bulu berle­bihan dikenali sebagai sin­drom ambras (werewolf syndrome).

Penyakit tersebut dipercayai dihidapi oleh hanya 50 orang sahaja di dunia.

Remaja itu dikatakan menerima rawatan laser ketika kanak-kanak, tetapi malangnya rawatan itu tidak berjaya dan bulunya terus tumbuh.

Menurut bapa Supatra iaitu Samrerng, penawar sindrom tersebut masih lagi tidak dijumpai dan bulu berkenaan hanya boleh dibuang dengan men­cukurnya.

Supatra sebelum ini mendedahkan pernah di­buli ketika kanak-kanak, namun remaja itu kekal positif.

“Saya tidak rasa berbeza dengan orang lain dan mempunyai ramai kawan di sekolah. Penya­kit ini membuatkan saya istimewa,” kata Supatra.