Lapor BBC.com, remaja berke­naan dikatakan meniru tarian yang pernah dipopularkan oleh artis Los Del Río dalam lagu Maca­rena pada tahun 1993.

Walau bagaimanapun, remaja tersebut ditahan oleh pihak berkuasa susulan tersebarnya vi­deo itu.

Remaja terbabit didakwa kera­na menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar di tempat awam.

Dalam rakaman video berdu­ra­si selama 45 saat itu, remaja berkenaan dilihat mengganggu per­jalanan lalu lintas sambil me­lakukan tarian Macarena.

Dipercayai, video itu dirakamkan ketika waktu puncak di Jeddah dan dimuat naik ke laman sosial tahun lalu.

Beberapa pengguna internet menyifatkan tingkah laku remaja berkenaan adalah tidak bermoral.

Sementara itu Kementerian Da­­lam Negeri memaklumkan, remaja tersebut telah dibebaskan de­ngan amaran tentang kesela­matan jalan raya.

Kemen­terian berke­na­an menerusi kenyataannya memberi­tahu, remaja berkenaan tidak di­dakwa selepas penjaganya dipanggil untuk disoal si­asat.

“Mereka telah me­nandatanga­ni ikrar memastikan remaja itu tidak akan me­ngulangi perbuatan yang bo- leh membaha­yakan diri­nya dan orang lain,’’ lapor kementerian tersebut. – BBC/Reuters