Harimau itu dipercayai membaham leher pelajar sebuah sekolah di sini selepas mangsa memasuki kandang Zoo New Delhi manakala pengunjung taman berkenaan menjerit dan membaling kayu serta batu bagi menyelamatkannya.

"Remaja itu mungkin memanjat pagar kandang yang menempatkan haiwan itu sebelum diserang harimau putih tersebut. Kami sedang cuba mengenalpasti siapa mangsa ini dan mengapa dia berbuat demikian." kata pengurus zoo, Riaz Khan. - AFP