Menurut polis, dalam keja­dian tersebut, remaja yang ha­nya dikenali sebagai Nabra sedang berjalan dengan rakan-rakannya apabila mereka dikatakan bergaduh dengan seorang pemandu di Herndon.

Lelaki itu dikatakan mening­galkan keretanya dan me­nye­rang Nabra sebelum remaja ber­kenaan hilang.

Menurut laporan BBC, suspek berusia 22 tahun dikenali sebagai Darwin Martinez Torres telah ditahan atas dakwaan membunuh menggunakan kayu pemukul bola lisut.

Motif serangan masih belum diketahui tetapi jenayah kebencian merupakan salah satu daripada isu yang sedang disiasat.

Laporan Washington Post menyebut sekumpulan empat atau lima remaja termasuk Nabra mengunjungi sebuah restoran makanan segera untuk bersahur.

Namun kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan, semasa mereka berjalan di tepi sebatang jalan raya, kumpulan itu telah didekati oleh pemandu berke­naan tetapi mereka melarikan diri ke arah masjid tanpa me­nyedari Nabra tertinggal sebelum dilaporkan hilang.

Menurut polis, semasa siasatan dilakukan mereka telah menahan sebuah kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit dan menangkap pemandu sebelum menemukan mayat remaja dalam sebuah kolam kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada kira-kira pukul 3 petang.