Kejadian itu berlaku kira-kira 12 tengah hari tadi.


Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Benan Setar, Kapten Pol. Nathrawut Pechsatit berkata, bom paip tersebut dipercayai disasarkan ke sebuah pusat keselamatan di Pekan itu.


Bagaimanapun katanya, bom paip itu meletup di depan sebuah bank tempatan yang terletak bersebelahan pusat kawalan keselamatan itu.

“Anuar Lametma, 17, ketika itu sedang melalui tempat kejadian dengan menunggang motosikal cedera parah akibat terkena serpihan bom,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian, empat anggota polis sedang bertugas di pusat kawalan tersebut.

Polis sedang menjejaki kumpulan yang mendalangi letupan itu.- BERNAMA