Maya Gabeira, 31, dianugerahkan sijil pengiktirafan berkenaan oleh Rekod Dunia Guiness bagi kejayaannya yang dilakukan pada awal tahun lalu.

Aksinya melepasi ombak setinggi 20 meter itu dirakam di pantai Praia do Norte.

Gabeira turut menerima Anugerah Ombak Besar XXL Wanita ketika menerima pengiktirafan rekod dunia itu.

Menurut Gabeira, mencipta rekod itu merupakan impiannya sejak beliau menceburkan diri dalam dunia meluncur ombak. – UPI