Lapor BBC.com, pemimpin Kurdis Iraq, Massoud Barzani ber­kata, kemerdekaan merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin keselamatan rakyatnya.

“Bilakah kita pernah mempunyai kestabilan dan keselamatan sendiri? Sesiapa yang berkata sebaliknya, hanya mencari alasan untuk menghalang kami,” ujar Massoud dalam temu bual terbaharunya bersama BBC.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Haider al-Abadi memberi amaran bahawa beliau akan mengambil langkah yang diperlukan untuk memelihara perpaduan negara.

Beliau menegaskan, pengundian itu tidak mengikut undang-undang dan mengancam keamanan negara.

Negara-negara Barat telah me­­­­nyatakan kebimbangan berhubung pengundian itu kerana bakal mencetuskan konflik terbaharu dan mengalihkan perhatian negara itu daripada perjuangan menentang kumpulan pengganas Daesh.

Dalam perkembangan berkai­tan, Turki akan mengambil sebarang tindakan bersesuaian mengikut undang-undang antarabangsa sekiranya referendum tersebut mencetuskan ancaman kepada keselamatan negara itu.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Turki, kerajaan Kurdistan telah mengancam keamanan serta kestabilan seluruh wilayah tersebut dan Iraq.

Malah kementerian itu turut menasihatkan agar rakyatnya yang berada di wilayah Kurdistan seperti Dohuk, Erbil dan Sulaimaniya perlu keluar dari situ secepat mungkin. – AGENSI