Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rawatan baharu berjaya cegah kanser kulit merebak

Kumpulan penyelidik dari Australia menemukan kaedah rawatan terbaharu
Kumpulan penyelidik dari Australia menemukan kaedah rawatan terbaharu untuk menghentikan kanser kulit, melanoma daripada merebak ke bahagian organ dalam badan.

SYDNEY 11 Sept. – Sekumpulan penyelidik mendapati gabungan beberapa rawatan baharu mampu menghalang melanoma, sejenis penyakit kanser kulit yang boleh membawa maut, merebak ke bahagian organ dalam badan pesakit.

Hasil ujian dua jenis ubat selama 12 bulan dilakukan oleh Institut Melanoma Australia terhadap pesakit-pesakit melanoma pe­ringkat tiga yang telah membuang tumor mereka membuktikan keberkesanannya dalam mencegah kanser tersebut daripada merebak.

Ujian tersebut melibatkan te­rapi imun dan terapi sasaran yang kedua-duanya bertindak menghentikan sel-sel kanser, selain membantu meningkatkan imun dalam badan untuk menyerang sel melanoma.

Pengarah institut berkenaan, Georgina Long berkata, keputusan ujian klinikal yang dijalankan didapati berupaya menghentikan penyakit itu daripada terus merebak, sekali gus dapat menyelamatkan nyawa.

“Matlamat utama kami untuk menjadikan melanoma bukan lagi penyakit terminal atau penyakit yang aktif dan ganas, semakin hampir dicapai.

“Keputusan ujian ini juga akan mengubah cara kami merawat pesakit-pesakit melanoma termasuk kehidupan mereka,” katanya.

Long turut menjelaskan bahawa pesakit-pesakit melanoma peringkat tiga yang sudah membuang tumor kebiasaannya akan menunggu untuk melihat sama ada kanser itu kembali merebak ke bahagian lain atau sebaliknya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu daripada tiga jenis kanser akan didiag­nosis adalah melanoma dengan rakyat negara ini mencatatkan rekod penghidap tertinggi di dunia dan seorang daripadanya akan meninggal dalam tempoh setiap lima jam.

Keputusan ujian tersebut akan dibentangkan kepada ‘European Society’ untuk kongres tahunan Perubatan Onkologi di Sepanyol pada minggu ini. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain