Megan Fox
Megan Fox

Mail Online melaporkan, berdasarkan satu kajian oleh pa­kar bedah kosmetik di barat London, bintang Hollywood berusia 31 tahun itu mempunyai wajah dengan struktur tulang pipi tinggi, muka bujur sireh serta berdagu runcing yang diimpikan wanita yang mahu membuat pendedahan plastik.

Berdasarkan kajian itu juga, bentuk wajah ke­dua paling diminati wanita adalah bujur seperti yang dimiliki penyanyi Rihanna.

Perkara itu didedahkan oleh Dr. Julian De Silva, dari Pusat Pembedahan Kosmetik dan Pembedahan Muka Pusat di Hammersmith, London Barat, yang mengkaji rekod bentuk wajah 1,000 pesakit di seluruh United Kindom (UK).

Katanya, wajah berbentuk berlian merupakan muka yang diinginkan ramai wanita kerana ia sangat feminin dan ele­gan.

“Megan Fox merupakan satu daripada wanita jelita bagi pe­ringkat umurnya dan dia mempunyai wajah berbentuk berlian simetrik yang sempurna,” De Silva.

Bagi raut wajah lelaki yang pa­ling popular ialah bentuk empat segi seperti David Beckham dan model David Gandy.

Aktres dengan raut wajah sedemikian termasuk pelakon Angelina Jolie, 42, dan Keira Knightley, 32.

De Silva menjelaskan, perkembangan media sosial telah menyebabkan semakin banyak individu mahu mengubah raut wajah mereka supaya kelihatan lebih cantik semasa mengambil gambar swafoto.

Tambahnya, jumlah lelaki dan wanita yang membuatkan pembedahan plastik pada wajah dan leher mereka semakin meningkat sejak kebelakangan ini.