Kelas dari Bangkok hingga Berlin dan Lagos ke London dilihat kosong selepas penganjur bantahan menyeru golongan pelajar agar melakukan bantahan di lebih 100 negara semalam.

Pelajar membanjiri jalan-jalan di sekitar Eropah, Amerika Utara dan Asia sambil memegang sepanduk yang berbunyi: “Tiada planet B”, “Kamu memusnahkan masa depan kami” dan “Jika kamu tidak bertindak seperti orang dewasa, kami akan bertindak”.

Meskipun amaran pemanasan global telah dikeluarkan sejak tiga dekad lalu, namun pelepasan gas karbon dioksida mencapai tahap tertinggi pada 2017 dan tahun lalu. - AFP