Menurut tentera, tindakan tersebut diambil untuk menyuraikan sebanyak 10,000 penduduk Palestin, yang mana sesetengah daripada mereka membaling batu ke arah tentera dan membakar tayar selain untuk mencegah pelanggaran pagar hadapan kota itu.

Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurang 120 penduduk Palestin dalam protes di sepanjang sempadan tersebut sejak kempen itu dilancarkan pada 30 Mac untuk menuntut hak tanah air mereka yang diceroboh Israel dapat dikembalikan. -REUTERS