Anggota tentera dan polis mengepung semua jalan keluar dan masuk ke premis ketua agama Ram Rahim Sing dan kawalan keselamatan ditingkatkan meliputi kawasan seluas 404 hektar.

Menurut pihak berkuasa, kepungan itu menyebabkan kira-kira 20,000 pengikut Ram Rahim dikenakan perintah berkurung di kediaman mereka sehingga keadaan reda.

“Situasi ketika ini dilaporkan tegang namun masih terkawal,” jelasnya. - AFP