Tertuduh, Yang Fenlan, 69, disabitkan menyeludup 860 gading antara 2000 dan 2014 mankala dua lelaki warga Tanzania juga didapati bersalah berperanan mengkomersilkannya.

Hakim Huruma Shaidi berkata, pihak pendakwa raya telah membuktikan kes terhadap tertuduh tiada sebarang keraguan munasabah.

Bagaimanapun, hukuman terhadap tertuduh masih belum diumumkan yang mana Fenlan berhadapan sehingga 30 tahun penjara.

Fenlan yang telah menetap di sana sejak 1970 didapati menubuhkan rangkaian penyeludupan antara Tanzania dan Asia.

Ketika ditahan pada 2015, dia merupakan Naib Presiden Majlis Perniagaan China-Africa Tanzania. - AFP