Perkara itu ditegaskan oleh sumber Istana Buckingham yang turut mengesahkan kakitangan is­tana dari seluruh negara telah dipanggil untuk berme­syuarat.

“Tidak perlu cemas, baginda sihat,” kata sumber itu namun pegawai-pegawai istana enggan memberi sebarang ulasan.

Stesen-stesen televisyen ber­gegas ke istana berkenaan sejak awal pagi selepas akhbar tempatan melaporkan mesyua­rat ‘luar biasa’ kakitangan istana yang mencetuskan pelbagai persoalan mengenai situasi semasa kerabat diraja.

Walaupun pertemuan sedemi­kian disifatkan ganjil namun pernah berlaku malah boleh diadakan beberapa kali dalam setahun.

Laporan tentang keadaan kesihatan Ratu Elizabeth dan Putera Philip yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail menggemparkan dunia dengan beberapa pemerhati diraja menyertai berpuluh-puluh kakitangan media di luar pagar istana berkenaan.

Ratu Elizabeth, 91, tiba di London kelmarin selepas menghabiskan cuti Easter di Istana Windsor.

Pada hari yang sama, baginda menerima kunjungan Perdana Menteri, Theresa May untuk pem­bubaran Parlimen menjelang pilihan raya umum pada 8 Jun ini.

Malah, Putera Philip yang akan menyambut ulang tahun ke-96 pada bulan Jun ini turut merasmikan bangunan baharu di padang kri­ket Lords di sini. – AFP