Merve Buyuksarac

Siasatan terhadap Merve Buyuksarac, 26, dimulakan selepas dia memuat naik sebuah puisi satira bertajuk Master Poem yang diterbitkan majalah Uykusuz di Instagramnya.

Ratu Cantik Turki 2006 yang juga seorang model itu berkata, dia tidak berniat menghina Ergodan, namun memuat naik puisi itu kerana merasakannya lucu.

Bagaimanapun, Buyuksarac memadam puisi itu selepas seorang rakannya memberitahu, dia boleh didakwa atas kesalahan jenayah berhubung tindakan tersebut.

Pendakwa raya berkata, tindakannya tidak boleh dikategorikan sebagai kebebasan bersuara dan dia bersalah kerana melampaui batas kritikan serta terang-terangan menghina Presiden.

Mahkamah bakal memutuskan untuk memulakan perbicaraan.

Buyuksarac di Twitternya berkata, sekiranya dibicara, dia berdepan tuduhan menghina pegawai kerajaan.

“Jika anda membuka enjin carian tentang puisi itu, anda akan lihat puisi tersebut dikongsi oleh sebanyak 960,000 orang. Menarik, bukan?,” katanya.

Ini bukan kali pertama Erdogan menjadi bahan kritikan.

Seorang pelajar sekolah, Mehmet Emin Altunses bakal dibicara pada 6 Mac ini atas tuduhan menghina Presiden dalam ucapannya di Konya, Anatolia. – AFP