Setiausaha Agung Parti Funcipec, Yim Savy berkata, Ranariddh, 74, mengalami kecederaan patah tulang rusuk namun beransur pulih.

``Beliau dihantar ke Thailand sebagai langkah berjaga-jaga namun beliau berada dalam keadaan baik dan mampu bercakap seperti biasa,’’ katanya.

Dalam kemalangan semalam, isterinya, Ouk Phalla meninggal dunia di sebuah hospital selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah teksi dari arah bertentangan.

Ranariddh yang merupakan ketua parti Funcipec bersama-sama Phalla dan para penyokongnya menyertai konvoi kempen pilihan raya ketika kemalangan berlaku di barat daya Kemboja.

Seramai tujuh lagi anggota konvoi turut cedera. - AFP

habis.