The Straits Times melaporkan, perkara itu didedahkan menerusi Tinjauan Keibubapaan dan Perkahwinan 2016 yang disiarkan oleh Bahagian Bakat dan Populasi Kebangsaan negara ini semalam.

Berdasarkan data yang dikumpul, jumlah itu meningkat daripada 19 peratus pada 2012 kepada 43 peratus pada 2016 iaitu pertambahan melebihi sekali ganda.

Difahamkan, secara keseluruhannya, tinjauan itu membabitkan seramai 2,940 rakyat Singapura yang masih bujang berusia antara 21 hingga 45 tahun antara Ogos hingga Disember tahun lepas.-UTUSAN ONLINE