Brendon Luke Johnson, dari Brisbane, ditahan pada Sabtu lalu bersama kekasihnya yang merupakan rakyat tempatan di rumah sewa mereka di Kerobokan.

Polis menemukan 13 bungkusan kokain seberat 11.6 gram yang disimpan dalam dompet dan sebuah kotak.

“Pelanggannya merupakan pelancong asing yang datang ke Bali dan memerlukan dadah,” kata ketua polis tempatan, Hadi Purnomo.

Ujar Hadi, lelaki berusia 43 tahun itu telah tinggal di Bali selama empat tahun dan menjual dadah untuk memenuhi keinginannya menghisap dadah.