Wakil Khas PBB, Yanghee Lee semalam melahirkan kebimbangan selepas Myanmar membuat keputusan untuk menghantar lebih ramai anggota tentera ke Rakhine dalam minggu ini dengan menyifatkan tindakan itu akan menyebabkan berlakunya ‘masalah besar’.

Katanya, kerajaan Myan­mar perlu memastikan pa­sukan keselamatan ketika menjalankan operasinya me­nghormati hak asasi manusia.

Keganasan di Rakhine semakin serius sejak bulan Oktober tahun lalu apabila kumpulan militan Ro­hingya menyerang pondok keselamatan polis.

Akhbar Global New Light of Myanmar hari ini melaporkan, kerajaan giat meningkatkan operasi ‘pembersihan’ di kawasan pergunungan May Yu yang dipercayai menjadi kubu kuat kumpulan militan Ro­hingya.

“Kerajaan bakal me­lakukan perancangan baharu bagi meningkatkan kawalan keselamatan de­ngan menempatkan lebih ramai anggota tentera di kawasan bergolak dan perintah berkurung hanya akan dilaksanakan di beberapa buah kawasan terjejas.

“Tindakan itu bertujuan mengelakkan kumpulan militan Rohingya bergerak aktif di sekitar pergunungan May Yu,” lapor akhbar tersebut.

Peningkatan kawalan keselamatan di Rakhine dilakukan selepas berpuluh-puluh penduduk kampung di negeri itu dibunuh dan diculik oleh kumpulan pembunuh bertopeng.

Myanmar menuduh ke­semua tindakan keganasan dan pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan militan Rohingya yang menolak dakwaan membunuh penduduk awam. – AFP