Imej berkenaan dirakamkan beberapa minit selepas letupan bom berkenaan yang menyaksikan keadaan sekeliling dipenuhi asap manakala penduduk awam bertempiaran menyelamatkan diri.

Lelaki yang merakamkan video itu turut kedengaran membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk mangsa letupan tersebut.

Ketika lelaki itu sibuk me­rakamkan insiden tersebut, kanak-kanak berkenaan mendekatinya untuk meminta bantuan.

Lelaki tersebut memimpin ta­ngannya sambil bertanya tentang ahli keluarga kanak-kanak itu.

Rakaman video berkenaan tu­rut memaparkan seorang lelaki berlari sambil membawa seorang kanak-kanak yang cedera manakala jeritan dan tangisan kanak-kanak kedengaran dekat runtuhan bangunan.

Menurut laporan portal Daily Mail, tarikh kejadian tersebut tidak diketahui namun dipercayai berlaku baru-baru ini.

Rusia sering kali menggunakan bom payung terjun dalam sera­ngannya terhadap kubu kuat pengganas Daesh.

Selain Al-Lataminah, pesawat pejuang turut melancarkan sera­ng­an di Kafr Zita dan Morek.

Rusia telah melancarkan lebih 70 serangan udara sejak kempen menghapuskan kumpulan pengganas itu bermula pada September 2015.