Projek itu adalah sebahagian daripada pembaharuan dan program pelaburan besar-besaran digelar ‘Wawasan 2030’, yang diilhamkan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman yang turut menghadiri majlis pelancaran, kelmarin.

Pihak berkuasa memaklumkan projek berkeluasan 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh sebagai Disneyland.

Menurut para pegawai, fasa pertama kota hiburan itu yang merangkumi taman tema me­wah, kemudahan sukan motor dan kawasan safari dijangka siap pada 2022.

Mereka berharap taman ber­­kenaan akan merangsang pe­la­buran asing selain menarik kehadiran 17 juta pengunjung menjelang 2030.

Kerajaan Arab Saudi pada bulan ini menayangkan filem pertama kepada orang awam dalam tempoh 35 tahun selepas memansuhkan sekatan ke atas operasi panggung wayang tahun lalu.

Pada Februari lalu, Lembaga Hiburan Awam Arab Saudi berkata, mereka akan mengadakan lebih 5,000 festival dan konsert pada 2018, dua kali ganda lebih banyak berbanding tahun lalu dan me­nyalurkan AS$64 bilion (RM250.86 bilion) ke dalam sektor berkenaan menjelang dekad akan datang.

Bagaimanapun, beberapa pi­hak menyuarakan keraguan de­ngan mempersoalkan kemampuan untuk menjayakan projek bernilai ratusan bilion dolar itu dalam era harga minyak yang merudum. – AFP