Keputusan bersejarah itu menjadikan Riyadh sebagai negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan.

Larangan wanita memandu dianggap masyarakat global sebagai simbol penindasan ke atas wanita di negara Teluk itu dan perintah terbabit dikeluarkan selepas aktivis wanita Arab Saudi tanpa pernah jemu memperjuangkan hak mereka sejak beberapa tahun lalu.

Keputusan itu juga dilihat sebagai usaha pembaharuan bersungguh-sungguh Arab Saudi yang mahu menyesuaikan diri dengan era pasca minyak dan meningkatkan reputasi globalnya untuk rekod hak asasi manusia.– AFP