Bagaimanapun, paras air yang naik secara berterusan dalam gua terbabit mengakibatkan mereka terperangkap selama lebih dua minggu.

“Dia memberitahu saya, sebaik sahaja mereka habis berlatih, mereka bermain bola dalam gua tersebut. Mereka menyangka akan berada di situ selama sejam sahaja.

“Ketika berada dalam gua, hujan turun, air mula mengalir masuk dan mereka semua berlari selamatkan diri,” kata Banpot Korn­cam, bapa kepada kapten pasukan berkenaan.

Kesemua mereka berjaya di­selamatkan dalam satu operasi yang berlangsung selama tiga hari dari Ahad hingga Selalu lalu.

Sementara itu, sebahagian pemain ‘Wild Boar’ yang tidak terlibat dalam kejadian berkenaan, me­ngakui tidak sabar untuk berlatih bersama-sama 12 remaja terbabit.

“Saya mahu memberitahu mereka bahawa saya rindukan dan mahu memeluk mereka. Saya mendoakan mereka cepat sembuh supaya kami boleh bermain bola sepak bersama-sama lagi,” kata salah seorang pemain pasukan itu, Supaghid Pragaihong.

Pemain ‘Wild Boar’ menjalani latihan buat pertama kali semalam sejak rakan sepasukan mereka terpe­rangkap dalam gua berkenaan.

Ketua jurulatihnya, Nopparat Khantavong berkata, sebahagian pemain yang masih ada kelihatan bersemangat selepas mengetahui rakan sepasukan mereka berjaya diselamatkan.

Dalam perkembangan berkai­tan, sekumpulan pelombong arang batu Chile yang pernah mengalami nasib hampir serupa selepas terperangkap selama 69 hari dalam runtuhan lombong lapan tahun lalu, meminta agar 12 remaja dan jurulatih mereka tidak termakan dengan sebarang janji manis yang ditawarkan.

Kisah pelombong berkenaan diangkat ke layar perak dan dibintangi oleh aktor terkenal, Antonio Banderas.

Meskipun filem berjudul The 33 berjaya meraih kutipan AS$25 juta (RM101 juta), kesemua pelombong berkenaan tidak mendapat walaupun satu sen daripada syarikat penerbitan filem terbabit.

“Perkara paling mustahak ialah pihak berkuasa dan keluarga perlu melindungi mereka kerana ramai yang cuma mahu mengambil ke­sempatan sahaja,” kata salah seorang pelombong, Luis Urzua.

Dalam perkembangan berkai­tan, tiga daripada mereka yang diselamatkan mungkin akan diberikan kerakyatan Thailand dalam tempoh enam bulan.

Pornchai Kamluang, Adul Sa­m­-on dan jurulatih mereka, Ekapol Chanthawong tidak memiliki ke­rakyatan Thailand.

Pihak berkuasa tempatan te­lah berjanji menyediakan bantuan guaman kepada ketiga-tiga mereka untuk mendapatkan pengesahan kewarganegaraan.

Ketiga-tiga mereka mungkin diberikan kerakyatan sekiranya tiada sebarang masalah dalam dokumen mereka. – AFP/AGENSI