Pandangan itu dilontarkan ketika beliau memulakan mesyua­rat Dialog Shangri-La (DSL) ke-17 di sini bersama beberapa negara lain termasuk Korea Selatan dan Jepun.

“Kami boleh menjangkakan keadaan bakal berdepan ‘jalan sukar’ menjelang sidang kemuncak tersebut.

“Kami akan meneruskan semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilaksanakan terhadap Korea Utara dan pengecualian sekatan akan dilakukan sekiranya negara itu mengambil langkah menamatkan program senjata nuklearnya,” kata Mattis.

Trump pada Jumaat minggu lalu memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan de­ngan Jong-un dan isu menamatkan program senjata nuklear menjadi antara topik terpenting yang bakal dibincangkan antara mereka.

Program senjata nuklear Korea Utara menjadi faktor utama kepada hubungan tegang antara Washington dengan Pyongyang, selain menyaksikan pelbagai sekatan ekonomi yang dikenakan oleh PBB terhadap negara tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera menyatakan bahawa kerjasama pertahanan antara AS dengan sekutu Asia dapat membantu Korea Utara mencari penyelesaian berhubung program senjata nuklearnya.

“Jepun, Korea Selatan dan AS bersetuju bahawa tekanan perlu dikenakan terhadap Korea Utara bagi mendesak negara itu menamatkan program senjata nuklearnya,” ujarnya.

Korea Utara pernah melancarkan sebanyak enam ujian peluru berpandu sejak 2006 dan pada bulan lalu, negara itu mengisytiharkan pelupusan tapak ujian senjata nuklearnya. – REUTERS