Puting beliung Vardah
Imej dari angkasa memaparkan puting beliung Vardah sedang melintas negara India. - UTUSAN ONLINE/AFP

Kebanyakan rumah hancur akibat pokok-pokok yang tumbang dipukul angin selaju 140 kilometer per jam.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi India berkata, Vardah yang menyebabkan 18,000 orang terpaksa berpindah, merupakan puting beliung paling teruk melanda ibu negeri Tamil Nadu dalam tempoh lebih dua dekad.

“Setakat ini, 10 orang disahkan maut. Kami akan terus cuba mendapatkan laporan mengenai keadaan di kawasan luar bandar,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, Abhishek Shandiyal. - AFP