Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, bencana alam itu memusnahkan lebih 371 rumah di Kampung Je­lagong di daerah Bandung.

Katanya, insiden itu mengakibatkan penduduk yang panik me­larikan diri mencari perlindungan.

“Skala impak bencana itu dipercayai lebih meluas ketika kami sedang menyiapkan penilai­an risiko kejadian berkenaan,”  katanya.

Sutopo berkata, khemah penempatan sementara dibina bagi memudahkan pemindahan penduduk tanpa mendedahkan jumlah mangsa terjejas.

Tambah beliau, khemah, kanvas, air bersih dan makanan merupakan antara keperluan yang sangat penting bagi semua mangsa. – BERNAMA