Setakat ini hanya 63 nelayan dari Teluk Bengal, kawasan yang dilanda puting beliung itu berjaya diselamatkan oleh Tentera Laut Bangladesh dan Tentera Laut India.

Pengerusi Persatuan Pemilik Bot Nelayan, Mostaque Ahmed berkata, puting beliung bersama tiupan angin berkelajuan 132 ki­lometer sejam dan hujan lebat di tenggara Bangladesh iaitu sekitar Cox’s Bazar dan kawasan sempadan dengan Myanmar itu turut mengakibatkan ribuan pelarian Rohingya terpaksa mencari tempat perlindungan kerana kem mereka rosak teruk.

Kerajaan Bangladesh meng­anggarkan sekurang-kurang­nya 350,000 pelarian Rohingnya yang meninggalkan Myanmar kini berada di Bangladesh sejak Oktober tahun lalu berikutan serangan pemberontak.

Ahmed memberitahu, seramai 350,000 penduduk tempatan di kawasan rendah dan wilayah berhampiran Chittagong Kazan telah dipindahkan ke kawasan yang selamat sebelum ‘serangan’ puting beliung kedua berlaku.

Beliau berkata, kebanyakan nelayan juga hilang punca pendapatan apabila peralatan menangkap ikan dan bot mereka rosak teruk akibat bencana alam itu.

Setakat ini katanya, operasi mencari dan menyelamat menggunakan helikopter masih dite­ruskan oleh tentera udara. – REUTERS