Puting Beliung Gaja yang membawa angin kencang selaju 120 kilometer sejam, melanda negeri Tamil Nadu selepas membadai bahagian pantai negara ini semalam.

Beribu-ribu pokok tumbang akibat angin kencang, yang turut memusnahkan kediaman serta memaksa ratusan ribu orang terpaksa berpindah ke pusat perlin­dungan sementara.

“Setakat ini sebanyak 20 lelaki, 11 wanita dan dua kanak-kanak maut akibat puting beliung berkenaan.

“Setakat ini, seramai 177,500 orang ditempatkan di 351 kem perlindungan. Beribu-ribu pokok turut tumbang dan tanaman juga terjejas teruk,” kata pegawai pengurusan bencana negeri yang enggan didedahkan identitinya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Edappadi Palaniswami, yang mengumumkan pampasan sebanyak AS$14,000 (RM58,567) kepada setiap keluarga mangsa, berkata, kebanyakan mangsa maut akibat banjir, rumah runtuh dan kejutan elektrik.

Sementara itu, ratusan pekerja dikerah untuk memulihkan jalan raya dan kabel kuasa.

Selain itu, dua kapal dan sebuah kapal tentera laut menyertai usaha bantuan di negeri berkenaan. –AFP