Menurutnya, biarpun presiden itu bergambar dengan Conor namun dia berbangga kerana presiden itu menelefonnya secara peribadi.

“Pihak media melaporkan mengenai Conor bergambar dengan Presiden Rusia namun saya berbangga kerana Putin menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah kepada saya,” ujarnya.

Khabib mempertahankan tali pinggang Lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat dengan aksi submission.

Sebelum pertarungan di Las Vegas, petarung Rusia itu berikrar untuk membelasah McGregor selepas dihina berbulan-bulan termasuk serangan bas di Brooklyn.-AFP