Menurut Putin, mereka menyentuh tentang pelbagai isu termasuk ketegangan di Semenanjung Korea dan situasi di Syria semasa pertemuan pertama sidang kemuncak terbabit.

``Saya menyifatkan rundingan antara kami sebagai berjaya dan berguna,’’ katanya yang turut memuji `suasana sidang kemuncak itu jujur dan cekap serta bersistematik’.

Menurut beliau, Trump turut membangkitkan isu tuduhan campur tangan Rusia semasa pilihan raya Presiden di AS.

``Saya terpaksa mengulangi apa yang telah saya katakan banyak kali sebelum ini bahawa Rusia tidak pernah campur tangan dan merancang campur tangan dalam hal ehwal dalaman AS,’’ kata Putin. - AFP