Penyerahan tersebut dibuat di Kremlin selepas Seagal dianugerahkan kewarganegaraan Rusia melalui perintah Presiden awal bulan ini.

Majlis tersebut disiarkan secara langsung menerusi saluran tele­visyen rasmi kerajaan Rusia.

Bintang filem aksi berusia 64 tahun itu menjadi pengunjung te­tap ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan kerap dilihat me­ne­mani Putin menghadiri be­be­rapa acara melibatkan seni mem­per­tahankan diri.

Seagal sebelum ini dilaporkan lantang mempertahankan dasar pe­mimpin Rusia dan mengkritik ke­rajaan AS.

Menurut Putin, pemberian pasport dan kewarganegaraan kepada Seagal itu merupakan satu usaha kerajaan Rusia untuk memulih­kan hubungan de­ngan AS. – AGENSI