THAKSIN SHINAWATRA menyambut ketibaan Puteri Ubolratana di Hong Kong. - AFP

Puteri Ubolratana sebelum ini mencetuskan kejutan apabila dicalonkan oleh Parti Thai Raksa Chat dalam saingan merebut jawatan Perdana Menteri bagi pilihan raya umum Thailand, Ahad ini.

Pencalonan itu kemudiannya dibatalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya susulan teguran Raja Maha Vajiralongkorn, bahawa puteri itu masih anggota keluarga diraja, dan kedudukannya lebih tinggi daripada politik negara.

Ketibaan Puteri Ubolratana disambut oleh Thaksin serta anak sulung bekas pemimpin tersebut.

Memakai gaun merah jambu, puteri berusia 67 tahun itu kemudiannya memasuki Rosewood Hotel untuk majlis perkahwinan anak perempuan Thaksin, Paetongtarn.

Thaksin dan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra, kedua-duanya menetap di luar negara selepas melarikan diri susulan rampasan kuasa junta tentera.

Terdahulu, Yingluck tiba bersama anak lelakinya, Supasek Amornchat. – AFP