Puteri Ubolratana menamatkan penglibatan singkat dalam politik selepas adiknya iaitu Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn menegur tidak wajar ahli kerabat diraja terlibat dalam politik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini secara rasmi membatalkan pencalonan Puteri Ubolratana untuk merebut jawatan Perdana Menteri mewakili parti Thai Raksa Chart.

“SPR hari ini mengumumkan tiada nama Puteri Ubolratana termasuk pencalonan yang dibuat parti Thai Raksa Chart. Semua ahli keluarga diraja mempunyai status lebih tinggi daripada kedudukan politik,” kata SPR dalam satu kenyataan hari ini. -AFP