"Hari ini pada pukul 4.26 pagi (11.26 pagi waktu Malaysia), seorang puteri yang comel seberat 3.280 kilogram dan setinggi 51 sentimeter selamat dilahirkan.

"Saya berasa sangat gembira dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik," katanya.

Pasangan itu tiba di Hospital Karolinska sebelum pukul 1 pagi (11 pagi waktu Malaysia)

Satu upacara tembakan hormat 21 das dilakukan di istana diraja pada tengah hari ini.

Dalam pada itu, nama bayi itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Victoria dan Daniel yang merupakan bekas jurulatih peribadinya dan pemilik gim, berkahwin dengan puteri itu pada 19 Jun 2010.

Puteri mahkota yang merupakan waris pertama takhta dan bakal menjadi ratu ketiga di negara tersebut, adalah sangat popular di Sweden.

Beberapa tinjauan menunjukkan majoriti rakyat Sweden lebih suka Victoria berbanding ayahnya, Raja Carl XVI Gustaf yang terlibat dalam beberapa skandal pada tahun lalu. - AFP