Akhbar berkenaan melaporkan, surat itu juga dipercayai mengandungi mesej perkauman.

Laporan itu juga menyebut, unit memerangi keganasan Polis Metropolitan telah dipanggil selepas surat itu diterima pada 12 Februari lalu di sebuah pejabat pengasingan di Istana St. James di tengah London.

Namun, analisis terhadap serbuk itu mendapati ia tidak berbahaya.

Dihubungi oleh AFP, perkhidmatan akhbar Putera Harry di Istana Kensington enggan mengulas mengenai laporan itu.

“Polis sedang menyiasat selepas bungkusan yang mengandungi bahan tersebut dihantar ke Istana St. James pada hari Isnin, 12 Februari.

“Bahan itu diuji dan disahkan sebagai tidak mencurigakan. Pegawai juga menyiasat dakwaan penulisan berniat jahat yang berkaitan dengan surat yang sama,” kata kenyataan polis.

Evening Standard mengatakan pihak polis dipercayai sedang menyiasati sama ada kejadian itu dikaitkan dengan satu surat berisi serbuk putih yang dihantar ke Parlimen pada 13 Februari lalu.

Pasangan itu akan berkahwin di Windsor pada 19 Mei ini. - AFP