Meghan tampil bergaya de­ngan memakai gaun musim panas sementara Harry pula de­ngan pakaian santainya mendapat so­ra­kan daripada penduduk sekitar dan menikmati keindahan ombak pantai tersebut.

Pasangan itu juga bertemu dengan kumpulan peluncur om­bak dan duduk di atas pasir sambil berbual dengan barisan ketua kumpulan OneWave, yang giat membantu individu meningkatkan kesihatan mental dengan mengadakan aktiviti di luar rumah.

Sementara itu, sepanduk bertulis ‘G’day Harry and Meghan’ mengalu-alukan kedatangan pa­­sangan diraja itu, yang meneri­ma sambutan mesra daripada peminat sejak mengadakan lawatan selama 16 hari di Pasifik.

Walaupun separuh daripada penduduk Australia menentang raja British sebagai ketua negara, majoriti warga Australia melakukan aktivi seperti biasa semasa lawatan itu namun so­ko­ngan yang cukup besar di­terima pasangan tersebut di setiap persinggahan.

Dalam pada itu, liputan akhbar negara tersebut memberi gelaran kepada Meghan sebagai ‘ratu pelukan’ dan Harry mene­rima ‘kasih sayang melimpah ruah’.

Menurut Pergerakan Republikan Australia, Duke dan Du­chess of Sussex adalah pelawat yang sangat dialu-alukan.

“Penduduk Australia dari semua peringkat umur tahu perbezaan antara peristiwa yang indah ini dan persoalan tentang identiti dan masa depan bangsa dan negara,” tambah pergerakan itu.

Dalam referendum 1999, sebanyak 55 peratus rakyat Australia menentang penggantian Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara, walaupun pungutan suara menunjukkan sokongan bagi republikanisme yang telah berkembang sejak itu.

Parti pembangkang, Parti Buruh telah menjanjikan plebisit mengenai isu itu jika memenangi pilihan raya umum yang dijangka pada 2019. – AFP