Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Putera Harry lalui kehidupan ‘huru-hara’

GAMBAR kenangan Harry (tengah) bersama-sama William dan bapanya,
GAMBAR kenangan Harry (tengah) bersama-sama William dan bapanya, Putera Charles ketika majlis pengebumian Puteri Diana.

LONDON 17 April – Adik pewaris kedua takhta Britain, Putera Harry mengakui terpaksa melalui kehidupan yang ‘huru-hara’ dan mendapatkan bantuan bagi mengatasi kesedihan yang dialami selepas kematian ibunya, Puteri Diana.

Dalam temu bual dengan akhbar The Telegraph, Harry, 32, memberitahu terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menghilangkan perasaan itu berikutan kematian ibunya pada tahun 1997.

“Bagi mengatasi perasaan tersebut, saya akan menyembamkan muka dalam pasir dan tidak mahu memikirkan tentang ibu kerana hanya membuatkan saya sedih kerana ibu tidak akan kembali,” katanya.

Harry hanya berjaya melawan perasaan berkenaan pada usia 28 tahun selepas mendapatkan bantuan pakar kesihatan mental dan sokongan pelbagai pihak terutama Putera William.

“Selama 20 tahun saya tidak lagi memikirkan perkara ini dan dua tahun hidup dalam huru-hara, saya tidak tahu apa yang terjadi pada diri saya,” ujarnya.

Harry berkata, melawan kesedihan akibat kehilangan ibu merupakan sesuatu yang baharu diatasi selain tekanan hidup sebagai anggota keluarga diraja termasuk perasaan gementar semasa menghadiri pelbagai majlis istana.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana kami (keluarga di­raja) boleh menjalani kehidupan dengan ‘waras’. Saya tidak mempunyai sebarang rahsia. Saya hampir jadi gila semasa menghadiri beberapa majlis,” katanya.

Harry pernah berkhidmat selama 10 tahun dalam pasukan tentera Britain dan berada di Afghanistan sebanyak dua kali selain bertemu anggota tentera dalam unit pemulihan, pengalaman yang memberi kesan terhadap kesihatannya.

“Sebaik sahaja kamu ber­depan situasi sedemikian, kamu akan mengetepikan semua masalah yang dihadapi,” kata­nya. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain