Putera Abdulaziz, 44, merupakan anak bongsu Raja Fahd Abdulaziz Al-Saud yang memerintah negara ini pada 1982 sehingga 2005.

‘Hashtag kematian Putera Abdulaziz’ dipaparkan di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi dalam talian.

Jurucakap Kementerian Maklumat dalam satu kenyataannya menegaskan, khabar angin tentang kematian putera itu tidak benar.

“Putera Abdulaziz masih ada dan sihat,” lapor jurucakap itu, namun putera berkenaan gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Berpuluh-puluh individu berprofil tinggi termasuk putera diraja, menteri dan bilionair, Al-Waleed Talal ditahan dalam serbuan tersebut sebaik sahaja penubuhan Suruhanjaya Antirasuah yang diketuai Putera Mahkota, Mohammed Salman.

Serbuan itu merupakan usaha pembersihan besar-besaran dalam sejarah negara ini.

Dalam kejadian berasingan pada Ahad lalu, Putera Mansour Moqren dilaporkan terbunuh selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan sempadan selatan Arab Saudi dan Yemen.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan punca kejadian. – AFP