Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra memberitahu, keadaan kesihatan di kawasan terbabit telah memasuki `fasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ ekoran krisis elektrik.

Pada Isnin lalu, hospital terbabit yang terletak di utara bandar ini mengumumkan akan memindahkan semua pesakit dan memberhentikan perkhidmatannya atas alasan yang sama.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat pengagihan elektrik di Gaza (GEDCO), Mohammed Thabet berkata, bekalan elektrik minggu ini berkurangan sehingga 178 megawatt berbanding permintaan yang meningkat kerana musim sejuk.

Hospital dan pusat perkhidmatan awam di bandar ini terpaksa bergantung kepada penjana elektrik namun sering menghadapi kekurangan bekalan minyak. - AFP

habis.