Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pusat data terbesar dunia bakal dibina di Norway

OSLO 15 Ogos – Sebuah pusat data terbesar dunia akan dibina di bandar Ballagen, Norway yang terletak di lingkaran Artik.

Kolos, syarikat yang terbabit dalam projek berkenaan ketika membuat pengumuman awam berkata, kewujudan udara sejuk dan kuasa hidro yang amat banyak di kawasan berkenaan akan membantu mengurangkan kos penggunaan tenaga.

Menurut portal BBC, syarikat kerjasama Norway dan Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha mendapatkan lagi pembiayaan yang diperlukan daripada bank pelaburan AS setelah berjaya menarik pelaburan beberapa `juta dolar AS’ dari pelabur-pelabur persendirian di Norway.

Kolos menganggarkan memerlukan kuasa sebanyak 70 megawat (MW) untuk keperluan pelayan-pelayan komuter peringkat awal dan lebih 1,000 MW dalam tempoh sedekad.

Bahagian Pemprosesan data Amazon misalnya merancang untuk mengeluarkan kira-kira 1,000 megawatt kuasa di Ashburn, Virginia tetapi pelayan-pelayan komuoter miliknya terletak dilokasi berasingan dan bukannya setempat.

Pembangunan pusat data di Ballagen yang pernah menjadi kawasan komuniti perlombongan, jika siap sepenuhnya akan meliputi kawasan seluas 600,000 meter persegi dengan ketinggian mencecah bangunan empat tingkat.

Ia juga merupakan yang terbesar berbanding pusat data di Langfang, China, tetapi kecil sedikit daripada pusat yang dalam pembangunan akhir di tengah Nevada.

Kolos memperoleh manfaat daripada sejumlah besar kabel gentian optik yang dipasang pada masa dahulu di sepanjang landasan kereta api yang digunakan untuk mengangkut bijih besi yang dilombong ke Sweden.

Baru-baru ini, kerajaan Norway dan Kesatuan Eropah (EU) telah melabur bagi pembinaan empangan-empangan besar untuk projek elektrik hidro selain terdapat beberapa kincir angin di kawasan berhampiran.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain