Memetik laporan Reuters, penangkapan tersebut dilakukan polis Itali dengan bantuan agensi Eropah yang mengawasi kerjasama kehakiman dalam penyiasatan jenayah, Eurojust.

Polis Itali dalam kenyataan mendedahkan 90 ahli kepada kumpulan mafia paling dikehendaki itu ditangkap dalam serbuan yang dilakukan baru-baru ini.

Kesemua ahli yang ditangkap itu disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan dadah jenis kokain, pengubahan wang haram, rasuah dan keganasan.

Ndrangheta merupakan salah satu daripada tiga kumpulan mafia paling dikehendaki di Itali, selain Camorra yang berpusat di Naples dan Cosa Nostra di Sicily.