Ketika ini, Puigdemont berada di Brussels, Belgium selepas kerajaan Catalonia pimpinannya sebelum ini mengisytiharkan untuk keluar daripada Sepanyol susulan satu pungutan suara yang dijalankan pada 27 Oktober tahun lalu.

Difahamkan, Mahkamah Agung Sepanyol pernah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa kepada Puigdemont, namun, menarik balik pada Disember lalu bagi mengelakkan risiko kemungkinan pihak berkuasa Belgium akan meluluskan permohonan suaka terhadap pemimpin terbabit. -REUTERS