Ketua pemimpin pemisah Catolina itu sebelum ini enggan ‘tunduk’ dengan gesaan pelbagai pihak termasuk kerajaan agar tindakan mengisytiharkan kemerdekaan wilayah itu dari Sepanyol dalam masa terdekat.

Insiden ini juga telah menyebabkan keadaan huru hara secara berpanjangan di wilayah timur laut Sepanyol yang kaya dan mempunyai 7.5 juta penduduk.

Sejurus selepas pengumuman itu, Puigdemont memohon mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Mariano Rajoy secepat mungkin bagi menangani krisis politik sejak mengamalkan demokrasi pada 1977 di Sepanyol.

Bagaimanapun, Puigdemont masih tidak memberikan sebarang jawapan seperti yang dituntut oleh kerajaan sehingga memaksa mereka mengeluarkan arahan tiga hari kepada beliau.

Kegagalan Puigdemont berbuat demikian akan membolehkan Madrid mengenakan kawalan langsung ke atas wilayah separa-autonomi berkenaan.

Satu pungutan suara pada 1 Oktober lalu yang menyaksikan hampir 90 peratus pengundi memilih untuk mencapai kemerdekaan dari Sepanyol walaupun jumlah keluar mengundi hanya berjumlah 43 peratus.

Pungutan suara itu dianggap tidak sah oleh Madrid dan digantung oleh Mahkamah Perlembagaan ketika penduduk yang mahu kekal bersama Sepanyol memboikot pemilihan tersebut. - AGENSI