Menurut Reuters, tunjuk perasaan kecil-kecilan selepas solat Jumaat turut dilaporkan berlaku di beberapa kejiranan di Khartoum.

Polis dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang tunjuk perasaan luar jangkaan bila-bila masa.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya lapan orang setakat ini dilaporkan terbunuh dalam beberapa siri demonstrasi yang berlaku di seluruh Sudan.

Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan menentang kenaikan harga makanan, kekurangan sumber minyak petrol dan mendesak Presiden, Omar al- Bashir untuk meletak jawatan.