Trump menyambut baik pengumuman Korea Utara yang mahu menghentikan ujian nuklear dan peluru berpandu serta merobohkan tapak ujian nuklearnya.

“Kita melalui proses yang panjang berhubung isu Korea Utara, mungkin rundingan akan berjalan lancar dan sebaliknya - hanya masa menentukan... Tetapi usaha yang saya lakukan sekarang ini sepatutnya sudah lama diselesaikan,” ujar Trump dalam Twitter. - REUTERS