Malah program selama empat itu turut memberi kesedaran mengenai budaya kewartawan sebenar yang dilihat semakin mencabar dan kefahaman teknologi moden yang diperlukan oleh setiap wartawan.

Menurut peserta daripada Malta,Clifford Galea menyifatkan program ini memberinya peluang untuk memahami sebenar etika kewartawan yang dituntut oleh semua seluruh wartawan di dunia.

Katanya, penulisan berita tidak tepat dan tidak bertanggungjawab akan merosakkan hubungan antara negara lain.

“Penulisan berita itu perlulah sahih bersumberkan orang tertentu dan bukannya daripada bersifat peribadi.

“Kita tahu bukan mudah untuk mengatasi berita palsu namun tugas sebagai wartawanlah menuntut kita untuk memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat,” ujarnya kepada Utusan Online selepas majlis penutup bersama 40 wakil media Program Wartawan Muda Sputnik di Moscow, Rusia hari ini.

Sementara itu, peserta Filipina, Azer Nepomuceno Parrocha menyifatkan program ini adalah platform terbaik untuk mendapatkan bertukar fikiran bersama dengan peserta di negara lain.

“Ini merupakan kali pertama negara saya menyertainya program seperti ini yang mengumpulkan wartawan-wartawan di negara lain justeru saya begitu teruja dan dapat berkenalan dengan mereka.

“Selepas ini, sekiranya saya ingin mendapat kepastian sesuatu maklumat itu di negara berkenaan maka saya sudah ada mempunyai sumber di situ,” ujarnya.

Manakala bagi peserta China, Na Li, program itu merupakan antara yang terbaik yang pernah disertainya memandangkan acara itu membuka matanya kepada dunia wartawan yang sebenar.

Katanya, pengalaman dan maklumat yang diterimanya sepanjang program itu pastinya akan dikongsi serta diterapkan dalam organisasinya bekerja.

“Saya yakin selepas ini segala maklumat yang diterima akan digunakan bagi menarik pembaca sekaligus meningkatkan kesedaran antara mereka,” ujarnya-UTUSAN ONLINE