Menurut portal Oddity Central, David dan Adam Nagy yang juga warga Slovakia telah menghasilkan minuman kopi dipanggil sebagai Clear Coffee yang kelihatan seperti air biasa.

Minuman tersebut dihasilkan daripada biji kopi Arabica berkualiti tinggi dengan campuran air tulen tanpa bahan pe­ngawet, perasa tiruan, pemanis atau gula tambahan.

Uniknya, minuman kopi ter-
sebut tidak akan meninggalkan kesan kuning pada gigi kepada penggemar minuman itu.

Adam berkata, mereka me­ngambil masa selama tiga bulan untuk memproses setiap botol kopi menggunakan kaedah ‘rahsia’ yang tidak pernah digunakan sebelum ini bagi mengekalkan perisanya selain memastikan minuman tersebut tidak berwarna.

“Seperti orang lain, kami juga mahu mengelakkan daripada mengalami masalah gigi se­perti kesan kuning akibat minum kopi. Memang tiada apa di pasaran yang dapat membantu kami, sebab itu kami mencipta sendiri resipi air kopi tanpa warna ini.

“Kopi ini dibuat mengguna­kan proses fizikal unik de­ngan sejumlah kafein ditambah se­-
lepas kopi dibancuh bagi menge-
kalkan rasa segar dan aroma yang sangat tajam tanpa memerlukan campuran susu atau gula,” jelas Adam.

Kopi berkenaan kini hanya dijual di pasaran UK dan Slovakia dengan harga 5.99 pound (RM33.70) bagi setiap pek me­ngandungi dua botol kaca 200 mililiter tetapi boleh didapati secara dalam talian pada harga 20 pound bagi satu pek lima botol.

Pelanggan, bagaimanapun perlu menunggu selama empat ming­gu untuk mendapatkan produk tersebut kerana sambutan hangat diterima daripada penggemar kopi di seluruh dunia.